Salam. Maaf lama menyepi. Bukan sengaja tapi terpaksa. Banyak kerja yang lebih penting. Exam midterm, lines plan dan kurang sihat, semua itu menjadi punca kehilangan aku sejak sebulan yang lalu. Alhamdulillah semuanya dapat ditempuhi dengan selamat.
Sebulan, sebenarnya sebulan lebih aku menghilang. Ada juga yang bertanya ke mana aku menghilang, bila nak update balik. aku hanya boleh kata, maaf dan sabar kepada mereka. Walau apa pun, terima kasih kerana masih setia. Tak banyak yang dapat aku recall disebabkan otak dah tepu lepas exam. Tapi rasanya apa yang tertinggal sudah cukup untuk dikongsi. Yang lain hanya bingkisan harian yang tidak penting, bagaikan pek keropok yang dibuang setelah kita habis makan isinya.
Alhamdulillah, akhirnya penantian aku telah berakhir. Sesuatu yang aku amat nantikan akhirnya telah tiba. Persoalan telah pun terjawab. Apa dia yang aku sangap sangat tu? Meh la, bukak mata tu, tengok skrin ni.
Hari Isnin bersamaan 11 April 2011, jam 1537 waktu Malaysia, sedang aku sedang bersiap untuk keluar ke JPN Taiping untuk memungut MyKad baru, aku tersentak dengan bunyi yang amat aku kenal. Ya, bunyi telefon aku ! Eh, nombor KL ! Curiosity strikes suddenly.
Eh, ada orang call lah, haha ! Bongok, angkat la ! Leh gelak lak mamat buncit ni -.-
Aku: Hello.
Caller: Hello, Assalamualaikum. (suara perempuan lah, aww !)
Aku: Waalaikumussalam. (sape lah pulak ni, sopan gile)
Caller: Ni Encik Ikhwan Shafiq Ismail ke? (encik? wah ! bangganya aku ! wahaha !)
Aku: Ye, saye. Err, ni sape? (aku dah mula cuak, dah syak macam-macam. Demit !)
Caller: Saye dari Bumi Armada. Hari tu encik ade pegi interview ALAM kan? (hah! homaigod ! aku mula terbayang sesuatu yang menggembirakan :D)
Rilek Wan, rilek ! Kontrol sikit heart rate tu. Mati kang kau ni, tak sempat nak nikah.
Aku: Ye saye.
Caller: Okay, macam ni, saye nak bagitahu yang encik dah berjaye dapat sponsor from Bumi Armada. (ape? ulang balik pliss. comel la suara awak. hehe, aumm !)
Aku: Errr, okayyy. So kirenye confirm lah ni saye dapat masuk ALAM? (aku siap cubit lengan aku, nak make sure tak mimpi. sakit kot ! sah, ini realiti ! ohhh !)
Perbualan seterusnya agak formal dan membosankan. Aku mengambil keputusan untuk tidak menjadi sasaran para gerilla yang rakus menembak sesiapa yang membosankan. Tapi, pada akhir perbualan si pemanggil telah menanyakan satu soalan yang amat mengejutkan.
Caller: Okay, so Encik Ikhwan, awak berminat tak ni? (masa ni aku dengar dia macam tergelak sikit. wadehel, gelak? apa yang lawak? habis jatuh kredibiliti beliau serta merta)
Aku: Err, nak la ! Hehe. (kalau aku boleh buat muka comel macam kucing gebu, dah lama aku buat depan dia, wahaha !)
Caller: Okay. So nanti kami akan hantar offer letter dekat alamat awak. Tengs ye Encik Ikhwan, tahniah. (eh, betul ke ape aku dengar ni? aww !)
Caller: So, sampai sini je dulu, nanti kalau ada pape kami akan call balik. Ok bye, Assalamualaiku.
Aku: Okay, tengs gak. Waalaikumussalam. (suara malu-malu)
Maaf, tapi aku sendiri rasa nak penyepak muka aku ni. Serius.
Walau apa pun yang berlaku semasa perbualan tadi, aku rasa amat bersyukur sebab impian aku semakin hampir menjadi realiti. Laluan untuk menjadi seorang pelaut professional semakin cerah. Terima kasih Allah, terima kasih Bumi Armada, terima kasih semua. Jumpa lagi. Salam :)
Nota kaki:
*Bumi Armada Berhad adalah salah sebuah syarikat tempatan yang aktif dalam industri
minyak & gas. Maklumat lanjut sila klik pada link.
*ALAM adalah singkatan kepada Akademi Laut Malaysia, sebuah anak syarikat MISC Berhad. Maklumat lanjut sila klik pada link.